Cari @ Amanz

BlackBerry 10.3 merupakan salah satu sistem operasi terbaru daripada BlackBerry, yang mana hadir terbina bersama-sama telefon pintar BlackBerry PassPort. Untuk pengguna peranti BlackBerry 10 sedia ada seperti Z10, Z30, Q10, Q5 dan Z3, mereka dijangka akan menerima kemaskini BlackBerry 10.3.1.

Apa pun, berbeza dengan perancangan awal, kemaskini tersebut dijangka hanya akan diterima pengguna sedia ada pada awal tahun 2015 kelak. Penangguhan ini juga dikaitkan dengan penangguhan pelancaran peranti BlackBerry Classic yang dijangka akan diumumkan sekitar Disember kelak – berbanding jangkaan awal sekitar November.

BlackBerry 10.3 membawakan beberapa perkara baru pada sistem operasi BlackBerry, termasuk sokongan Power Saving Mode, kemaskini rekabentuk antaramuka, kemaskini pada bahagian BlackBerry Hub, sokongan Amazon AppStore, BlackBerry Assistant dan beberapa perkara yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd