Casio Memperluaskan Kehadiran Ke Malaysia – Memperkenalkan Beberapa Produk Baru

Casio Memperluaskan Kehadiran Ke Malaysia – Memperkenalkan Beberapa Produk Baru

Diterbitkan pada November 12, 2014 oleh .

Casio merupakan salah satu jenama popular dikalangan pengguna, terdiri daripada kalkulator, jam tangan, kamera, projektor dan beberapa peranti lain. Di Malaysia, produk mereka sedia dipasarkan oleh Marco Group, dan kini pihak Casio hadir dengan subsidiari mereka tersendiri dinamakan Casio Malaysia Sdn Bhd.

Dengan memulakan subsidiari tersendiri dinamakan Casio Malaysia Sdn Bhd, pihak Casio menyasarkan untuk menawarkan lebih banyak produk baru, disamping menambah-baik lagi penawaran perkhidmatan pelanggan kepada pembeli dan pelanggan produk Casio. Casio dilihat telah membuka subsidiari di beberapa buah negara di rantau Asia Tenggara baru-baru ini, termasuk di Singapura dan juga Indonesia.

Bersama-sama dengan pelancaran rasmi Casio Malaysia, mereka turut mengumumkan beberapa produk baru untuk pengguna tempatan. Antaranya adalah G-Shock GPW-1000 – jam tangan dengan integrasi GPS dan juga Radio Wave Time-Calibration, OCEANUS OCW-G1000 – jam tangan yang boleh membetulkan waktu semasa mengikut lokasi anda berdasarkan sesuatu negara, EDIFICE EQB-500 – jam tangan yang boleh berhubung dengan telefon pintar anda menggunakan Bluetooth untuk menyelarikan masa berdasarkan lokasi disamping dilengkapi sokongan menetapkan penggera menggunakan aplikasi khusus.

Selain jam tangan, mereka turut memperkenalkan EXILIM EX-FR10 – kamera dengan lensa yang boleh ditanggalkan untuk rakaman selfie atau digunakan untuk tujuan rakaman ketika melakukan aktiviti luar, EXILIM EX-TR50 – kamera yang boleh digunakan untuk tujuan rakaman selfie, EXILIM EX-MR1 yang mana merupakan sebuah lagi kamera memfokuskan kepada selfie dan dilengkapi dengan sebuah cermin dihadapan untuk memudahkan anda menjaga penampilan sebelum merakamkan gambar.

Casio turut mengatakan mereka akan membuka kedai konsep Casio dinamakan G-Factory sekitar Malaysia, dengan sasaran satu kedai konsep di setiap negeri. Casio turut menyasarkan untuk terus meningkatkan angka jualan mereka di Malaysia dalam tahun-tahun akan datang.

Casio Malaysia

Casio Malaysia


TIPS & ULASAN