Honor 3C Lite Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Honor 3C Lite Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada November 12, 2014 oleh .

HonorHonor merupakan salah satu anak syarikat Huawei yang mana memfokuskan kepada jualan terus kepada pengguna melalui laman VMall. Sebelum ini, mereka telah menawarkan Honor 3C dan juga Honor 6. Menambah penawarannya tidak lama lagi, pihak Honor dijangka akan menawarkan Honor 3C Lite di Malaysia.

Honor 3C Lite membawakan rekaan lebih kurang seperti Honor 3C asal, tetapi membawakan sedikit perbezaan pada saiz memori dan lensa kamera hadapan. Ia menyertakan skrin bersaiz 5-inci, cip empat-teras 1.3Ghz, memori 1GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel dan bateri berkapasiti 2000mAh.

Peranti ini dijangka akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Memandangkan Honor 3C sedia membawakan harga RM499, untuk versi ini kita boleh menjangkakan harga jualan yang lebih rendah lagi.


TIPS & ULASAN