Cari @ Amanz

Mozilla sedia hadir dengan pelbagai projek menarik mengkhususkan kepada teknologi web. Terkini, mereka hadir dengan sebuah projek baru dinamakan sebagai MozVR, memfokuskan kepada pembangunan web yang mesra untuk dilayari menggunaakn peranti realiti-maya.

Peranti realiti-maya kian mendapat perhatian beberapa pihak, dimana salah satu yang popular adalah Oculus Rift yang telah diambil-alih oleh Facebook. Selain Oculus Rift, Samsung sedia hadir dengan Gear VR dan Google turut hadir dengan Google Cardboard.

Penggunaannya kini lebih kepada untuk permainan dan juga menikmati media seperti video dan sebagainya. Tetapi, dengan projek Mozilla ini, ia membawakan kemudahan untuk melayari web menggunakan peranti seumpamanya.

MozVR

Ia mungkin akan mengambil masa yang lama untuk pengguna melayari web menggunakan peranti realiti-maya ini. Tetapi pada masa yang sama, perkara ini juga mungkin akan membolehkan para pembangun web untuk hadir dengan beberapa projek menarik menggunakan kod yang disediakan oleh Mozilla.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd