Logitech M280 Kini Di Malaysia – Tetikus Tanpa-Wayar

Logitech M280 Kini Di Malaysia – Tetikus Tanpa-Wayar

Diterbitkan pada November 12, 2014 oleh .

Jenama Logitech merupakan jenama yang tidak asing dalam penghasilan peranti aksesori komputer. Mungkin banyak fokus diberikan kepada peranti mudah-alih seperti pengumuman peranti Logitech Keys-To-Go pada bulan lepas namun baru-baru ini mereka mengumumkan tetikus tanpa wayar M280 untuk pasaran tempatan.

Tetikus tanpa wayar ini menggunakan USB bagi tujuan penyambungan kepada peranti dan tidak menggunakan Bluetooth. Menariknya tetikus tanpa wayar ini mampu beroperasi sehingga 18 bulan dengan satu bateri AA bergantung kepada corak penggunaan. Bentuknya juga agak ergonomik dan kemas serta boleh beroperasi diatas pelbagai permukaan. Saiznya kecil dan terdapat slot penyimpanan USB didalam tempat letak bateri.

Tetikus ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Hitam, Biru dan Merah dan dijual pada harga RM59 beserta waranti selama setahun.


TIPS & ULASAN