Carian
Google Trends Kini Memperlihatkan Video Popular Setiap Hari Di YouTube
November 12, 2014 Aman

Google LogoGoogle Trends merupakan salah satu sokongan yang disediakan oleh Google untuk membolehkan pengguna mengetahui akan carian popular di perkhidmatan mereka. Terkini, halaman tersebut dikemaskini, dan telah mula memaparkan apakah video yang popular dalam tempoh 24 jam lepas di YouTube.

Berbeza dengan penggunaan data carian sebelum ini, untuk trend video popular ini, Google menggunakan data berasaskan kepada jumlah tontonan pada sesuatu hari di YouTube. Menggunakannya, pengguna boleh mengetahui apakah video popular pada sesuatu hari – dan jumlah video yang dipaparkan untuk sesuatu hari itu berbeza dan dilihat Google mempunyai algoritma tersendiri untuk menyertakan sesuatu video.

Buat masa ini, sokongan ini terhad kepada jumlah tontonan secara global atau khusus untuk Amerika Syarikat. Google mengatakan mereka akan memperkenalkan fungsi ini mengikut negara tidak lama lagi.

Komen