Samsung Galaxy Note 4 Melalui Celcom – Multi-Tasking Pada Kelajuan 4G

Samsung Galaxy Note 4 Melalui Celcom – Multi-Tasking Pada Kelajuan 4G

Diterbitkan pada November 13, 2014 oleh .

Penafian : Ini adalah advertorial daripada Celcom

Samsung Galaxy Note 4 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung dibawah keluarga phablet. Ia telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada bulan Oktober, dan turut ditawarkan pada harga yang lebih rendah melalui pakej khusus daripada Celcom.

Samsung Galaxy Note 4 membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan Quad HD Super AMOLED, cip pemprosesan lapan-teras 1.9GHz, dilengkapi kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan OIS, dan juga kamera hadapan 3.7-megapixel dengan sokongan Wide-Selfie. Pihak Samsung turut menyertakan memori sebanyak 3GB RAM dan ruangan storan sebesar 32GB bersama-sama dengannya. Sekiranya ruangan tersebut tidak mencukupi, anda boleh menambah kad-SD untuk ruangan tambahan.

Menjadi kelebihan pada Galaxy Note 4 adalah penggunaan stylus khusus yang dinamakan sebagai S-Pen. Ia membolehkan pengguna mencatatkan nota, dan membuat tugasan pejabat mahupun penyuntingan dengan pantas menggunakannya.

Celcom Note 4

Celcom Note 4

Untuk Samsung Galaxy Note 4, pihak Celcom – penyedia rangkaian telekomunikasi terpantas di Malaysia menyediakan beberapa pakej pilihan. Melalui pakej dibawah Celcom, pengguna boleh mendapatkan peranti berharga RM2399 ini pada harga serendah RM988 – dengan langganan selama 24 bulan untuk perkhidmatan rangkaian Celcom.

Beberapa pilihan langganan disediakan oleh Celcom, bermula dengan serendah RM68 sebulan untuk langganan data 3GB dan juga panggilan percuma selama 60 minit dan 60 SMS untuk semua rangkaian.

Perkhidmatan Pelanggan Celcom juga sentiasa tersedia dalam membantu anda untuk menikmati perkhidmatan rangkaian terpantas berkenaan sepanjang masa.

Bagi anda yang berminat, anda boleh menyemak laman Celcom untuk maklumat lanjut, ataupun mengunjungi BlueCube berdekatan untuk mencuba sendiri Galaxy Note 4 di sana.

Layari : Halaman Pakej Celcom untuk Galaxy Note 4

Penafian : Ini adalah advertorial daripada Celcom


TIPS & ULASAN