Microsoft Kini Menawarkan Visual Studio Community 2013 Secara Percuma

Microsoft Kini Menawarkan Visual Studio Community 2013 Secara Percuma

Diterbitkan pada November 13, 2014 oleh .

Microsoft dibawah Satya Nadella dilihat memfokuskan kepada perkhidmatan dan storan awan. Terkini, satu lagi perubahan yang dibawakan adalah pada perisian Visual Studio, dimana kini mereka melancarkan Visual Studio Community Edition secara percuma kepada pengguna.

Visual Studio

Pengenalan versi baru ini menggantikan Visual Studio Express sebelum ini, dan pada masa yang sama menawarkan lebih sokongan termasuk akses kepada pelbagai pemalam untuk Visual Studio. Ia menawarkan fungsi lebih kurang sama seperti versi penuh, tetapi terhad untuk digunakan oleh pengguna perusahaan ataupun pasukan melebihi lima orang.

Menggunakannya, pengguna boleh membangunkan sebarang aplikasi dengan mudah, termasuk untuk peranti mudah-alih, web, desktop dan sebagainya.

Pengenalan versi baru ini turut memperlihatkan fokus yang lebih kepada freemium, dan pada masa yang sama membolehkan lebih ramai menggunakan perisian mereka untuk pembangunan.

Pada pengumuman yang sama, pihak Microsoft turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan .NET dalam bentuk sumber terbuka, dan menyokongnya pada Linux dan OS X, selain pada Windows.

Muat-Turun Visual Studio Community Edition 2013


TIPS & ULASAN