Google Hadir Dengan Doodle Khas Bersempena Ulang-Tahun Kelahiran Mokhtar Dahari

Google Hadir Dengan Doodle Khas Bersempena Ulang-Tahun Kelahiran Mokhtar Dahari

Diterbitkan pada November 13, 2014 oleh .

Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari merupakan salah seorang pemain bola sepak terkenal di Malaysia dan juga Asia pada tahun 1970-an. Kini, bersempena dengan ulang-tahun kelahiran beliau, pihak Google menyediakan sebuah doodle bersempena dengan ulang-tahun kelahiran beliau – 13 November.

Mokhtar Dahari

Ketika itu, beliau pernah bermain dengan pasukan Malaysia untuk menewaskan pasukan Asia lain termasuk Korea Selatan dan juga Jepun. Beliau juga sedia terkenal dengan nama panggilan SuperMokh ketika itu.

Google dengan pejabat operasi di Malaysia telah sedia hadir dengan beberapa doodle menarik untuk Malaysia, termasuk ketika perayaan hari kebangsaan dan juga hari Malaysia.


TIPS & ULASAN