Xiaomi telah memperkenalkan gelang tangan pintar mereka beberapa bulan yang lepas, dinamakan sebagai Mi Band. Ia telah menarik perhatian ramai pengguna seluruh dunia, memandangkan harganya yang hanya sekitar RM50.
Kini, daripada penyenaraian pengesahan SIRIM, ia dilihat Xiaomi Mi Band telah pun melepasi SIRIM, sekaligus memperlihatkan ia akan hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Xiaomi Mi Band merupakan peranti berasaskan kepada Bluetooth, membolehkan pengguna memantau beberapa data termasuk kecergasan dan juga kualiti tidur seseorang. Mi Band tuut membolehkan anda mengakses peranti mudah-alih tanpa kata-laluan, selain turut dilengkapi dengan sokongan kalis air.
Harga jualan tempatannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Ia juga tidak diketahui sama ada peranti ini akan turut diumumkan ketika pelancaran pusat khidmat pelanggan Xiaomi di Kuala Lumpur pada minggu hadapan ataupun sebaliknya.