Messenger – Aplikasi SMS Untuk Android Dengan Antaramuka Material Design

Messenger – Aplikasi SMS Untuk Android Dengan Antaramuka Material Design

Diterbitkan pada November 13, 2014 oleh .

Google akhir-akhir ini telah memperkenalkan beberapa fungsi baru untuk aplikasi permesejan Hangouts mereka, dan kini dengan hadirnya Android 5.0 Lolipop, mereka turut memberikan nafas baru untuk aplikasi SMS terbina pada Android melalui sebuah aplikasi baru dinamakan Messenger.

Melalui aplikasi baru ini, ia membawakan antaramuka selari Material Design, dan menggunakan tema warna berbeza mengikut senarai rakan-rakan mereka. Pengguna turut diberikan dengan beberapa fungsi tambahan seperti kemudahan untuk carian, pengarkiban dan sebagainya.

Aplikasi ini turut telah diterbitkan pada Google Play Store, membolehkan anda yang menggunakan Android 4.1 dan terkini untuk memuat-turun dan menggunakannya pada peranti anda.

Google Messenger

Muat-Turun Messenger untuk Android


TIPS & ULASAN