Bolehkah Facebook Mempopularkan Cara Mengucap “Terima Kasih” Menggunakan Video

Bolehkah Facebook Mempopularkan Cara Mengucap “Terima Kasih” Menggunakan Video

Diterbitkan pada November 13, 2014 oleh .

Facebook sebelum ini telah menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat video untuk ringkasan perkongsian mereka di Facebook, dan hari ini mereka hadir dengan sebuah lagi sokongan baru memfokuskan video, dinamakan sebagai “Say Thanks”.

Melalui fungsi baru ini, Facebook menawarkan sebuah halaman khusus untuk membolehkan pengguna membuat video khusus untuk rakan-rakan mereka dalam mengucapkan terima kasih.

Pengguna hanya perlu melayari laman Say Thanks, dan seterusnya memilih nama seorang rakan mereka. Seterusnya Facebook akan hadir dengan sebuah video secara automatik, dan pengguna boleh memilih untuk menyunting gambar, perkongsian status, dan juga tema video berkenaan.

Facebook Thanks

Sebaik sahaja selesai membuat pemilihan dan penyuntingan, pengguna boleh menerbitkan video tersebut, dan menghantar ia terus ke garis masa rakan anda.

Facebook “Say Thanks” ini akan ditawarkan kepada semua pengguna desktop dan peranti mudah-alih bermula hari ini.

Layari : Facebook Say Thanks


TIPS & ULASAN