Acara GDays (Google Day) adalah acara yang memfokuskan kepada pembangunan komuniti dan hari ini acara tersebut telah diadakan di Taylor’s College, Sunway. Bagi mereka yang berada di bahagian utara Semenanjung Malaysia, acara tersebut juga akan diadakan pada akhir minggu ini di Pulau Pinang.
Berbeza dengan acara di Sunway, acara di Pulau Pinang turut membawakan DevFest dengan fokus kepada pembangun dan pengaturcara. Kedua-dua acara ini akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad. Pada hari Sabtu, antara topik didalam seminar GDG DevFest termasuklah berkenaan Android Wear, pengenalan projek Polymer, dan bagi mereka yang ingin membangunkan aplikasi Android, anda berpeluang mempelajarinya selama sejam pada hari tersebut.
Pada hari kedua seminar GDays pula akan diadakan membawakan perkongsian seperti penggunaan Google Analytics didalam startup yang akan dibawakan oleh PiktoChart, perbincangan mengenai kedai atas talian oleh Shopify, serta perkongsian berkenaan MaGIC.
Acara ini akan diadakan pada 15-16 November akhir minggu ini di Subterranean Penang International Convention & Exhibition Center dan sehingga kini sebanyak hampir 500 pendaftaran telah diperoleh. Pendaftaran masih terbuka jadi sekiranya anda ingin mempelajari baik untuk ilmu pembangunan aplikasi mahupun ilmu bisnes arena digital, acara sebegini semestinya memenuhi citarasa anda.\
- Info
- Daftar + Jadual: GDG DevFest Georgetown & GDays Penang