Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan Huawei Ascend Mate 7, pihak Huawei turut sama melancarkan satu lagi peranti baru untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei Ascend G7. Di Malaysia, ia akan dijual bermula bulan Disember ini pada harga RM999.

Ascend G7

Huawei Ascend G7 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE Cat 4, cip pemprosesan empat-teras, memori 2GB RAM, dan kamera belakang 13-megapixel. Peranti ini turut dilengkapi dengan EMUI 3.0, yang mana membawakan antaramuka baru menyerupai pada Mate 7, termasuk sokongan gesture pada peranti berkenaan. Untuk bateri, ia menggunakan bateri berkapasiti 3000mAh, dan turut dilengkapi sokongan Power Saving untuk penggunaan masa yang lebih lama.

Dengan harga yang lebih kurang sama dengan Honor 6, ia mungkin sesuatu yang menarik bagaimana peranti ini akan menerima permintaan di pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd