Android 5.0 Lolipop Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Nexus 5, Nexus 7 Dan Nexus 10

Android 5.0 Lolipop Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Pengguna Nexus 5, Nexus 7 Dan Nexus 10

Diterbitkan pada November 13, 2014 oleh .

Android 5.0 Lolipop telah diperkenalkan dalam bentuk AOSP untuk pengeluar pada minggu lepas, dan hari ini pihak Google telah mula memperkenalkan kemaskini tersebut kepada para pengguna peranti Nexus seluruh dunia secara berperingkat.

Kemaskini Android 5.0 Lolipop membawakan beberapa kemaskini, termasuk sokongan antaramuka baru, penambah-baikkan pada bateri, sokongan sekuriti lebih baik, sokongan ART dan beberapa perkara yang lain.

Bagi pengguna peranti Nexus yang tidak ingin menantikan kemaskini OTA, anda boleh memuat-turun imej yang disediakan oleh Google, dan memasangnya pada peranti anda hari ini – meliputi Nexus 7, Nexus 10 dan juga Nexus 5.

Muat-Turun Nexus Images


TIPS & ULASAN