Cari @ Amanz

Asus Malaysia hari ini telah berkongsi dengan kami, mengatakan mereka akan hadir dengan kedai jualan online mereka tersendiri, lebih kurang sama seperti beberapa jenama lain. Dengan ini, Asus dapat mengurangkan jumlah maklumbalas negatif yang diterima disebabkan perbezaan harga, disamping memudahkan pengguna untuk mendapatkan peranti Asus.

Tarikh pengenalan rasmi masih tidak diketahui lagi buat masa ini, dan pihak Asus Malaysia dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi. Laman jualan sama juga mungkin digunakan pada masa akan datang untuk tujuan pendaftaran minat dan sebagainya – berbanding menggunakan laman Facebook pada hari ini.

Asus juga dijangka akan hadir dengan beberapa promosi pengenalan, dan mungkin kita akan melihat peranti seperti Zenfone dan Padfone S ditawarkan melalui laman jualan tersebut kelak.

Buat masa ini, Asus sedia mempunyai kedai atas-talian mereka dibeberapa buah negara, termasuk salah satunya di Taiwan dan Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd