Samsung GALAXY Note 4 – S Pen Dan Wide-Selfie Memudahkan Kehidupan Harian

Samsung GALAXY Note 4 – S Pen Dan Wide-Selfie Memudahkan Kehidupan Harian

Diterbitkan pada November 19, 2014 oleh .

Penafian : Ini adalah advertorial daripada Samsung

Samsung GALAXY Note 4 telah pun mula dijual di pasaran tempatan sejak sebulan yang lepas, menyertakan pelbagai fungsi-fungsi menarik, disamping dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan rekaan yang selesa di tangan. Samsung sendiri telah hadir dengan rekaan peranti yang dikemaskini menggunakan kerangka berasaskan logam – dan pada masa yang sama mereka mengekalkan ciri rekaan Samsung yang ikonik.

Samsung Galaxy Note 4

Pada GALAXY Note 4, pihak Samsung menaik-taraf bahagian kameranya. Beberapa ulasan ramai sedia mengatakan kamera pada GALAXY Note 4 antara yang terbaik pada peranti mudah-alih, apatah lagi dengan sokongan OIS. Untuk pengguna yang gemarkan selfie juga, pihak Samsung menyediakan kamera hadapan dengan rakaman cahaya yang lebih luas, dan turut hadir dengan beberapa fungsi khusus termasuk Wide-Selfie.

Galaxy Note 4

Bercakap mengenai GALAXY Note 4, salah satu perkara yang tidak boleh dilupakan adalah sokongan S Pen. Menggunakan S Pen, pengguna boleh membuat lakaran gambar dengan mudah, disamping menggunakannya untuk mencatatkan nota. Aplikasi S-Note untuk GALAXY Note 4 turut dikemaskini, membolehkan pengguna untuk merakamkan nota menggunakan kamera, dan mengubah ia kepada format nota untuk tujuan catitan tambahan.

Samsung turut sama menyertakan ciri-ciri menarik yang lain pada peranti ini, termasuk antaranya sokongan multi-tasking yang lebih lancar dengan kawalan lebih banyak saiz tetingkap, sokongan pengecasan pantas, pengimbas cap jari, sensor tambahan untuk S-Health, dan dilengkapi TouchWiz versi terbaru.

“Samsung Menawarkan Hadiah Menarik Untuk Pengguna”

Bersempena dengan pengenalan GALAXY Note 4, Samsung menyediakan beberapa promosi dan peraduan menarik. Salah satunya adalah peraduan berasaskan kepada laman sosial.

Untuk menyertainya, pengguna terlebih dahulu perlu Like Facebook Samsung Malaysia Electronics, atau akaun Twitter @SamsungMalaysia.

Muat-Naik gambar anda menggunakan tag #mygalaxynote4 dan juga #noteworthy dengan kapsyen berupa slogan berkongsi mengenai mengapa anda menyukai GALAXY Note 4 dalam kurang 10 perkataan.

Samsung menawarkan 10 tiket GSC setiap hari pada semua platform, dan pemenang akan dipilih berdasarkan slogan paling kreatif.

Penafian : Ini adalah advertorial daripada Samsung


TIPS & ULASAN