Cari @ Amanz

Asus Zenwatch Dijangka Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Suku Pertama 2015

Oleh Aman

Link Copied!

Asus telah menyertai arena jam tangan pintar dengan jam tangan berasaskan kepada Android Wear dinamakan ZenWatch. Ia telah diperkenalkan secara rasmi pada awal September lepas, dan peranti tersebut dijangka akan hadir ke pasaran tempatan sekitar suku pertama 2015 kelak.

sqs

ASUS ZenWatch-03

Asus ZenWatch membawakan rekaan berbentuk segi empat-sama bersaiz 1.63-inci, resolusi 320×320 piel, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan 1.2Ghz serta memori sebanyak 512MB RAM. Jam tangan pintar ini sedia dilengkapi dengan ruangan 4GB dan turut hadir dengan sensor untuk memantau denyutan jantung. Seperti kebanyakkan jam tangan, ia turut dilengkapi dengan sokongan kalis air IP55.

Asus ZenWatch ini menggunakan Android Wear dan membolehkan pengguna untuk menghubungkan ia kepada peranti Android dengan mudah. Asus turut sama menyediakan ZenWatch Manager untuk beberapa perkara termasuk untuk menggunakan fungsi ZenUI seperti Do It Later dan juga What’s Next.

Harga untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi, dan mungkin kita akan mendengarnya pada awal tahun hadapan kelak.


Komen ()