Cari @ Amanz

GoPro telah memperkenalkan GoPro Hero4 Black dan Silver pada bulan September yang lepas, dan kini ia telah pun memasuki pasaran Malaysia secara rasminya, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan kamera aksi dengan beberapa ciri-ciri rakaman baru ini.

GoPro Hero4 Black

GoPro Hero4 Black merupakan versi premium untuk kamera aksi generasi terbaru daripada GoPro, dimana ia hadir dengan sokongan rakaman video 4K pada 30fps, rakaman 1080p pada 120fps, kebolehan rakaman gambar pada kualiti 12-megapixel, fungsi kawalan WiFi dan Bluetooth yang lebih baik, dan juga pengurusan kuasa yang dikemaskini.

GoPro Hero4 Silver

Sementara untuk HERO4 Silver pula ia hadir dengan sokongan skrin sentuh untuk memudahkan anda mengawal kamera, kebolehan rakaman video 1080p pada 60fps dan juga 720p pada kadar 120fps.

HERO4 Black akan dijual pada harga RM1849, sementara HERO4 Silver pula pada harga RM1499 di Malaysia. GoPro HERO versi bajet pula dijangka akan ditawarkan di Malaysia bermula Januari 2015 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd