Publika Melancarkan Aplikasi GrabIt – Memfokuskan Kepada Tawaran Dan Promosi

Publika Melancarkan Aplikasi GrabIt – Memfokuskan Kepada Tawaran Dan Promosi

Diterbitkan pada November 13, 2014 oleh .

Publika merupakan salah satu galeri membeli-belah dengan gaya urban dan moden, terletak di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Terkini, dalam usaha untuk memudahkan penjual menawarkan promosi kepada pengguna, dan untuk pengguna mengetahui promosi, mereka hari ini telah melancarkan sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai GrabIt.

Publika GrabIt

GrabIt dibangunkan dengan kerjasama BuzzElement, dimana ia membolehkan pengguna mengetahui promosi daripada kedai-kedai yang terdapat di dalam Publika, dan pada masa yang sama menggunakannya untuk urusan menebus sesuatu tawaran atau diskaun.

GrabIT turut menyertakan sebuah direktori kedai yang terdapat dalam Publika, dan membolehkan pengguna mengetahui lokasi sesuatu kedai yang dicari dengan mudah menggunakannya. Pihak Publika dilihat ingin membolehkan pemilik kedai di sana untuk terus menjana pendapatan tambahan, disamping menarik pelanggan baru menggunakan perkhidmatan GrabIT ini.

Untuk penggunaan mendapatkan diskaun dan promosi, ia berfungsi lebih kurang seperti Groupon. Pengguna dipaparkan dengan pelbagai tawaran yang disediakan penjual, dan anda perlu membeli tawaran tersebut sebelum pergi menebusnya di sesuatu kedai di Publika. Salah satu kekurangan yang kami dapati adalah sokongan pembayarannya adalah masih terhad menggunakan PayPal sahaja, selain kuantiti yang ditetapkan juga adalah terhad.

GrabIt ditawarkan untuk pengguna Android dan iPhone sahaja, dan pembangunnya mengatakan mereka tiada perancangan untuk membangunkan versi Windows Phone buat masa ini.

Muat-Turun GrabIT untuk Android

Muat-Turun GrabIt untuk iOS

Jebat Amin membantu untuk penulisan artikel ini.


TIPS & ULASAN