Samsung Melancarkan Advanced S Pen

Samsung Melancarkan Advanced S Pen

Diterbitkan pada November 14, 2014 oleh .

Samsung Galaxy Note 4 baru sahaja memasuki pasaran Malaysia. Stylus yang disertakan pada phablet terkini Samsung ini mempunyai 2048 tahap kepekaan berbanding 1024 pada Note 3. Kami menyedari dengan setiap model baharu Note, tahap keperincian stylus terbina semakin baik. Agak mengejutkan apabila hari ini Samsung memperlihatkan Advanced S Pen yang mempunyai tahap kepekaan lebih tinggi dan beberapa fungsi tambahan berbanding Stylus Note 4. Advanced S Pen menggandakan sekali lagi tahap kepekaannya disamping kini boleh mengesan putaran, kecondongan dan kelajuan stylus ketika digunakan. Stylus terkini ini boleh digunakan oleh Note 4 dan Note Edge. Tiada maklumat lanjut tentang spesifikasi lain, harga jualan ataupun bilakah Advanced S Pen akan memasuki pasaran. Dengan Advanced S Pen Samsung cuba menjadikan pengguna stylus lebih menghampiri menggunakan pensel pada permukaan kertas. Peningkatan tahap kepekaan stylus ini pastinya mengujakan mereka yang banyak melakar menggunakan S Pen. Terdapat banyak phablet dengan stylus di pasaran sekarang tetapi harus diakui tiada yang dapat menandingi stylus berteknologi Wacom yang digunakan pada keluarga Note. Dengan Advanced S Pen Samsung bakal mengukuhkan lagi pengangan kuat mereka di dalam pasaran phablet berstylus.

Advanced-S-Pen-The-NExt-Web

Sumber The Next Web


TIPS & ULASAN