Microsoft Hadir Dengan Aplikasi Movie Creator Untuk Windows Phone Dan Windows 8.1

Microsoft Hadir Dengan Aplikasi Movie Creator Untuk Windows Phone Dan Windows 8.1

Diterbitkan pada November 14, 2014 oleh .

Microsoft hari ini telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna Windows Phone, dinamakan sebagai Movie Creator. Ia masih lagi pada peringkat beta, dan membolehkan pengguna menghasilkan video dengan tema menarik menggunakannya.

movie Creator

Seperti beberapa aplikasi penyuntingan filem yang lain, menggunakannya, pengguna boleh menambah klip seperti gambar, video, dan pelbagai kandungan lain, dna menyusun ia pada timeline. Seterusnya pengguna boleh menambah teks, memilih tema, dan memasukkan lagu untuk disertakan pada sesuatu hasil akhir video tersebut.

Bagi anda yang menggunakan peranti Windows Phone atau tablet Windows 8.1, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma, dan mula menggunakannya hari ini dalam hadir dengan video-video menarik.

Muat-Turun Movie Creator untuk Windows Phone

Muat-Turun Movie Creator untuk Windows 8.1


TIPS & ULASAN