Cari @ Amanz

Seperti semua sedia maklum, pihak Microsoft telah pun memulakan pembangunan untuk Windows 10 yang mana akan menjadi sistem operasi pertama daripada Microsoft untuk semua saiz peranti – daripada telefon pintar ke tablet dan juga komputer.

Berkongsi mengenainya di Twitter, pihak Microsoft dilihat mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini Windows 10 kepada semua model Lumia Windows Phone 8 yang terdapat di pasaran hari ini.

Perkara ini juga mungkin sebahagian daripada komitmen pihak Microsoft dalam menawarkan kemaskini kepada pengguna peranti sedia ada, tanpa mengecewakan mereka ketika pengenalan Windows 10 kelak.

Apakah fungsi baru khusus untuk pengguna peranti mudah-alih melalui Windows 10 masih tidak diketahui lagi, dan mungkin kita akan mendengarnya dalam masa terdekat.

Buat masa ini, Microsoft hanya menawarkan versi pembangunan awal untuk desktop dan komputer sahaja, membolehkan pengguna dan pembangun untuk mengujinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd