BlackBerry Memperkenalkan BBM Meetings – Aplikasi Persidangan Dan Mesyuarat Untuk Perusahaan

BlackBerry Memperkenalkan BBM Meetings – Aplikasi Persidangan Dan Mesyuarat Untuk Perusahaan

Diterbitkan pada November 14, 2014 oleh .

BlackBerry Messenger sedia menawarkan beberapa fungsi khusus untuk pengguna perusahaan, dan kini mereka turut menambah beberapa fungsi baru, dan salah satunya adalah BBM Meetings.

BBM Meetings

BBM Meetings merupakan aplikasi yang boleh digunakan oleh perusahaan dan organisasi dalam membuat mesyuarat maya ataupun persidangan maya. Selain membuat panggilan video sahaja, pengguna turut boleh berkongsi dokumen dan sebagainya menggunakan BBM Meetings ini.

BBM Meetings akan menyokong Android, BlackBerry 10, Windows dan jga Mac OS X. Ia akan membolehkan pengguna memulakan tele-persidangan terus menggunakan BBM. Tetapi berbeza dengan perkhidmatan permesejan mereka, BBM Meetings akan ditawarkan dalam bentuk langganan untuk $12 sebulan untuk satu pengguna.


TIPS & ULASAN