Aplikasi Hotlink RED Daripada Maxis Hadir Untuk Pengguna iPhone

Aplikasi Hotlink RED Daripada Maxis Hadir Untuk Pengguna iPhone

Diterbitkan pada November 14, 2014 oleh .

Maxis pada bulan Mei lepas telah melancarkan secara rasmi aplikasi Hotlink RED untuk pengguna prabayar Maxis di peranti Android. Hari ini, ia turut diperluaskan untuk pengguna peranti iPhone, dan telah pun diterbitkan di AppStore secara rasminya.

Hotlink RED iPhone

Hotlink RED merupakan salah satu aplikasi khusus untuk pengguna Hotlink, membolehkan mereka menguruskan akaun mereka dengan mudah, disamping menyemak baki, membuat langganan internet dan sebagainya menggunakan aplikasi berkenaan.

Selain daripada pengurusan akaun, aplikasi Hotlink RED ini juga turut dilengkapi dengan sebuah halaman khusus untuk pengguna mendapatkan pelbagai ganjaran menarik daripada Maxis.

Bagi anda yang menggunakan rangkaian Hotlink pada iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi Hotlink RED ini secara percuma daripada Apple AppStore.

Muat-Turun Hotlink RED untuk iPhone


TIPS & ULASAN