Xcite Mountain Bike – Permainan Ala Temple Run Menggunakan Basikal Daripada Penerbit Malaysia

Xcite Mountain Bike – Permainan Ala Temple Run Menggunakan Basikal Daripada Penerbit Malaysia

Diterbitkan pada November 15, 2014 oleh .

Weraku Games merupakan salah satu penerbit tempatan yang menawarkan beberapa permainan mudah-alih menarik pada platform Android dan iOS. Terkini, selepas menerbitkan permainan berbentuk puzzle dinamakan Roto, kini mereka hadir dengan sebuah permainan baru yang dinamakan sebagai Xcite Mountain Bike.

Xcite Mountain Bike

Xcite Mountain Bike

Xcite Mountain Bike

Xcite Mountain Bike membawakan permainan seumpama Temple Run, tetapi memfokuskan kepada penggunaan basikal. Menariknya, permainan ini hadir dalam pilihan bahasa Malaysia, membolehkan pemain memainkan dan mengawal permainan ini menggunakan menu berbahasa Malaysia.

Xcite Mountain Bike memerlukan pengguna untuk mengumpulkan seberapa banyak mata yang boleh, dan mengelak seberapa banyak halangan yang hadir. Pengguna juga turut boleh melakukan beberapa stunt menarik menggunakan basikal ketika melompat.

Secara kasarnya, grafik yang dibawakan adalah amat cantik. Terdapat beberapa perkataan bahasa Malaysia yang digunakan yang mungkin sedikit salah, tetapi ia tidak memberikan kesan terhadap permainan.

Bagi anda yang mempunyai peranti Android atau iOS, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma. Ia turut hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi, terutamanya memfokuskan kepada menaik-taraf watak pemain dalam permainan tersebut.

Muat-Turun Xcite Mountain Bike untuk Android

Muat-Turun Xcite Mountain Bike untuk iOS


TIPS & ULASAN