Microsoft sedia berkongsi info mengatakan ingin membawa Skype ke pelayar web sebelum ini, dan hari ini mereka secara rasminya memperkenalkan Skype versi Web dalam bentuk beta. Buat masa ini ia masih terhad dan belum diperkenalkan secara meluas lagi.
Skype versi Web ini membolehkan pengguna menggunakan perkhidmatan Skype terus pada pelayar web moden mereka tanpa memerlukan sebarang pemalam tambahan. Ia mungkin agak sesuai sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan Skype di komputer pengguna ketiga (seperti di hotel atau kafe siber), yang tidak mempunyai perkhidmatan Skyp terpasang.
Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu log masuk di Skype.com, dan boleh membuat panggilan video atau suara terus menggunakannya. Antara pelayar web yang akan disokong adalah Internet Explorer, Chrome, Firefox, dan juga Safari.
Pihak Skype mengatakan perkhidmatan ini akan ditawarkan secara meluas kepada semua pengguna dalam masa beberapa bulan lagi.