Cari @ Amanz

Terdapat beberapa acara memfokuskan arena media sosial yang telah diadakan di Malaysia sejak setahun dua kebelakangan ini. Terkini, salah satu acara yang akan diadakan dalam tempoh kurang sebulan lagi adalah OhhSome Fest.

OhhSome Fest

OhhSome Fest merupakan sebuah acara berbentuk festival yang memfokuskan kepada media sosial, meliputi pelbagai perkara untuk generasi digital pada masa kini. Melaluinya, ia akan dibahagikan kepada beberapa bahagian, termasuk bazar untuk jual-beli, perkongsian ilmu berkaitan media sosial, perkongsian aplikasi-aplikasi menarik daripada pembangun tempatan, perkongsian berkaitan YouTube dan pelbagai perkara lain lagi.

OhhSome Fest ini dibawakan bersama-sama oleh pihak Hotlink, dan akan berlangsung pada 13 dan 14 Disember kelak di Avenue K, Kuala Lumpur. Tiada sebarang pendaftaran diperlukan, dan sesiapa yang berminat boleh berkunjung ke lokasi berkenaan pada tarikh berkenaan.

Penafian : Amanz merupakan rakan kerjasama OhhSome Fest

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd