Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, Google telah pun menerbitkan fail untuk Android 5.0 Lolipop bagi beberapa peranti Nexus, membolehkan anda memuat-turun dan memasangnya tanpa perlu menantikan kemaskini OTA yang diperkenalkan secara berperingkat. Kini, Google turut menambah penawaran fail imej berkenaan untuk pengguna Nexus 4.

Menggunakannya, pengguna Nexus 4 boleh memasang Android 5.0 Lolipop pada peranti mereka bermula hari ini, tanpa perlu nantikan kemaskini OTA. Seperti semua sedia maklum, Android 5.0 Lolipop membawakan beberapa perkara baru, termasuk dari segi antaramuka, penggunaan bateri, kelancaran sistem operasi, dan pelbagai perkara lain lagi.

Selain daripada Nexus 4, antara peranti lain yang turut telah menerimanya setakat ini adalah Nexus 5, Nexus 7 dan juga Nexus 10. Kemaskini sama turut dijangka akan ditawarkan untuk pengguna peranti Google Play Edition pada minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd