Cari @ Amanz

Jolla telah dimulakan oleh beberapa bekas pekerja Nokia yang dulunya dalam pasukan MeeGo, dan telah memperkenalkan telefon pintar pertama mereka berasaskan kepada sistem operasi Sailfish OS sebelum ini. Kini, mereka turut menjadualkan sebuah acara khas pada minggu hadapan untuk pengumuman produk baru.

Jolla

Berkemungkinan kita akan dapat melihat mereka melancarkan telefon atau tablet baru berasaskan Sailfish OS pada acara berkenaan, selain kemaskini baru pada Sailfish.

Di laman rasmi Jolla, mereka telah pun memulakan kiraan untuk pengumuman produk baru mereka ini yang dijadualkan pada 19 November kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Jolla tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd