Carian
VSCO Cam Memperkenalkan Journal – Hadir Dengan Aplikasi Yang Dioptimasikan Untuk iPad
November 15, 2014 Aman

VSCO Cam merupakan salah satu aplikasi penyuntingan gambar yang agak diminati ramai pada iPhone dan juga Android. Terkini, pembangunnya turut hadir dengan sebuah versi khusus untuk tablet iPad, membolehkan pengguna menggunakannya paa tablet Apple dengan mudah.

Sokongan untuk iPad ini hadir dalam versi terbaru, VSCO Cam 4.0, dimana ia turut menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya. Salah satunya adalah Preset Gallery yang mana membolehkan pengguna memilih pelbagai kesan penuras pada gambar sebelum mengaplikasikannya.

VSCO Cam

Disamping itu, VSCO kini turut melengkapkan fungsi muat-naik gambar pada versi web mereka, membolehkan pengguna memuat-naik gambar dari kamera atau komputer, dan seterusnya mengakses ia pada peranti mudah-alih untuk tujuan penyuntingan sebelum dikongsikan bersama lain.

Satu lagi fungsi baru yang hadir untuk pengguna iOS (Android akan menyusul) adalah fungsi yang dinamakan Journal. Journal membolehkan anda menambah koleksi gambar dan pada masa yang sama menambah teks untuk penceritaan yang lebih efektif. Kemudian pengguna boleh menerbitkannya dan berkongsi dengan yang lain. Pihak VSCO turut mengatakan mereka akan menambah sokongan Vimeo, YouTube dan SoundCloud untuk Journal ini kelak pada masa akan datang.

VSCO Cam

Bagi pengguna yang sedia menggunakan VSCO, boleh memuat-turun kemaskini untuknya hari ini, atau untuk pengguna baru, anda boleh memuat-turun VSCO Cam dari Google Play Store atau Apple AppStore hari ini.

Komen