PushBullet merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan untuk Android dan iOS, membolehkan pengguna menghantar pautan, nota, dan dokumen daripada pelayar web ke peranti mudah-alih dan sebagainya dengan mudah. Terkini, salah seorang pembangun bebas turut hadir dengan klien yang lebih kurang sama untuk pengguna BlackBerry.
Dinamakan sebagai BlackBullet, ia membolehkan para pengguna untuk menghantar dokumen, pautan dan juga nota kepada peranti dengan PushBullet yang lain dengan mudah.
Selain kebolehan menghantar dokumen, pautan dan nota, BlackBullet ini turut hadir dengan integrasi IFTTT, membolehkan pengguna menguruskannya melalui laman IFTTT dan menggunakannya bersama-sama peranti BlackBerry mereka.
Pembangunnya turut mengatakan yang mana BlackBullet akan diintegrasikan dengan pelbagai fungsi lain dari masa ke semasa. Ia masih pada peringkat pembangunan awal pada hari ini, dan tidak mustahil untuk pembangunnya mengintegrasikan sokongan notifikasi dan sebagainya seperti terdapat di klien PushBullet untuk Android pada hari ini.
Bagi pengguna yang menggunakan peranti BlackBerry 10, anda boleh memuat-turun klien PushBullet khusus dinamakan BlackBullet ini secara percuma daripada BlackBerry World.
- Muat-Turun BlackBullet di BlackBerry World