Perkongsian Berbentuk Promosi Berlebihan Oleh Facebook Page Akan Dikurangkan Di News Feed

Perkongsian Berbentuk Promosi Berlebihan Oleh Facebook Page Akan Dikurangkan Di News Feed

Diterbitkan pada November 16, 2014 oleh .

Facebook sering hadir dengan pelbagai pembaharuan pada News Feed. Terkini, mereka telah mengumumkan yang mana akan mengurangkan paparan perkongsian berbentuk promosi berlebihan oleh Facebook Page bermula awal tahun hadapan.

Menurut Facebook, antara perkongsian Facebook Page yang akan menerima kesan termasuklah perkongsian yang terlalu memaksa pengguna untuk membeli barang atau memasang aplikasi, perkongsian yang menggunakan kandungan sama seperti iklan, dan perkongsian yang meminta pengguna menyertai promosi.

Perubahan pada News Feed dengan pengurangan perkongsian berbentuk promosi ini akan dimulakan pada Januari 2015 kelak. Facebook mengatakan perkara ini juga sekaligus akan meningkatkan kualiti perkongsian yang dilakukan oleh Facebook Pages yang diikuti oleh para pengguna.

Pada masa yang sama, berkemungkinan ini juga adalah salah satu kaedah untuk pihak Facebook terus menambah angka pengiklan dan jumlah yang dibelanjakan pada laman sosial mereka dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN