CCleaner 5.0 Untuk Windows Bakal Hadir Dengan Rekabentuk Antaramuka Baru

CCleaner 5.0 Untuk Windows Bakal Hadir Dengan Rekabentuk Antaramuka Baru

Diterbitkan pada November 16, 2014 oleh .

CCleaner merupakan salah satu perisian popular dikalangan pengguna Windows, dimana ia menawarkan kebolehan untuk membuang fail-fail yang tidak digunakan oleh sistem, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan ruangan tambahan serta menjalankan sistem dengan lebih lancar.

Kini, pembangun CCleaner telah pun mula menawarkan CCleaner 5.0 Beta kepada para pengguna yang berminat, membolehkan pengguna mencuba terlebih dahulu sebelum versi akhirnya dilancarkan tidak lama lagi.

CCleaner 5.0

Salah satu perubahan drastik yang dapat dilihat pada CCleaner 5.0 ini adalah rekaan antaramukanya yang telah berubah dan dilihat sedikit menyerupai rekaan moden yang digunakan oleh Windows. Ia mungkin salah satu perkara yang dinantikan ramai – memandangkan rekaan CCleaner tidak berubah sejak ia dilancarkan lebih kurang 10 tahun yang lepas.

Bagi pengguna yang berminat dan mencuba versi beta, boleh memuat-turunnya hari ini. Versi akhir CCleaner 5.0 ini bakal hadir untuk pengguna Windows pada penghujung November ini.

Muat-Turun CCleaner 5.0 Beta untuk Windows


TIPS & ULASAN