Bagi mereka yang terlibat dengan bidang komunikasi awam, pengurusan acara, serta beberapa bidang lain, salah satu perkara yang sering dilakukan adalah pencarian lokasi acara yang ideal dengan acara yang bakal diadakan.
Untuk memudahkan perkara tersebut, salah satu web yang hadir daripada pembangun tempatan adalah VenueVille. Menggunakan VenueVille, pengguna boleh melihat lokasi, kesesuaian dengan sesuatu acara, tarikh, jumlah pengunjung yang boleh dimuatkan, dan juga harga sewa untuk sesuatu lokasi.
Ini sekaligus memudahkan anda, selain tidak lagi perlu untuk menyemak satu per satu secara manual seperti sebelumnya. Pemilik dewan atau lokasi juga turut boleh menambah lokasi mereka untuk disenaraikan sama pada VenueVille, dan memasarkan ia dengan lebih efektif menggunakannya.
Buat masa ini, lokasi yang disenaraikan lebih tertumpu kepada Lembah Klang, tetapi tidak mustahil untuk ia meliputi keseluruhan Malaysia dengan lebih meluas dalam beberapa bulan lagi. Bagi anda yang berminat, boleh melihat sendiri penawaran lokasi acara menarik di VenueVille.
Layari : VenueVille