Oppo Membuka Pra-Tempahan Untuk Oppo R5 – Peranti Paling Nipis Pada Harga RM1598

Oppo Membuka Pra-Tempahan Untuk Oppo R5 – Peranti Paling Nipis Pada Harga RM1598

Diterbitkan pada November 17, 2014 oleh .

Oppo R5 telah diperkenalkan pada bulan lepas oleh Oppo, dan hari ini Oppo Malaysia secara rasminya telah pun membuka pra-tempahan untuk peranti berkenaan. Oppo R5 akan dijual di Malaysia pada harga RM1598.

Oppo R5

Bagi yang tidak mengenali akan Oppo R5, ia merupakan salah satu telefon pintar paling nipis di dunia daripada Oppo, hadir dengan rekaan berasaskan kepada logam, dan turut dilengkapi sistem penyejukan terbina. Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas VOOC daripada Oppo, selain turut menyokong beberapa mod rakaman baru, termasuk rakaman menggunakan RAW.

Dari segi spesifikasi, ia dijana menggunakan cip lapan teras Snapdragon 615, memori 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadpaan 5-megapixel dan skrin bersaiz 5.2-inci AMOLED. Peranti ini turut membawakan sokongan rangkaian 4G LTE.

Layari : Laman Pra-Tempahan Oppo R5

Baca : Pandang Pertama Oppo R5


TIPS & ULASAN