Facebook Sedang Menguji “Facebook At Work” Yang Dioptimasikan Untuk Penggunaan Dalam Pejabat

Facebook Sedang Menguji “Facebook At Work” Yang Dioptimasikan Untuk Penggunaan Dalam Pejabat

Diterbitkan pada November 17, 2014 oleh .

Pada hari ini, kebanyakkan pengguna Facebook sedia menyemak laman sosial popular tersebut didalam pejabat. Tetapi perkara tersebut tidak memadai untuk Facebook, dan mereka ingin membawa laman sosial tersebut setapak kehadapan dan bakal memperkenalkan “Facebook At Work”.

Melalui fungsi tersebut, ia akan memfokuskan pengguna perusahaan dan penggunaan laman sosial tersebut dalam tugas-tugas produktif dalam pejabat.

Ia masih akan kekal menawarkan fungsi seperti NewsFeed, Groups dan fungsi permesejan, tetapi pada masa yang sama menyertakan sokongan perkongsian dokumen dalam kerja dikalangan pengguna. “Facebook at Work” ini dikatakan akan berfungsi berasingan dengan profil sedia ada pengguna – tanpa sebarang info dari akaun pengguna yang dipaparkan pada bahagian laman “Facebook at Work” ini.

Pihak Facebook dilaporkan sedang menguji ia dibeberapa syarikat. Versi ujian buat masa ini tidak menyertakan sebarang pengiklanan dan tidak diketahui bagaimanakah versi akhir kelak akan berfungsi.

Dengan fokus terhadap perusahaan, mungkin kita akan melihat pihak Facebook untuk terus bersaing dengan pelbagai penyedia perkhidmatan kolaborasi antara pengguna, apatah lagi dengan penggunaan Facebook yang sedia meluas di seluruh dunia.

Facebook masih tidak mengeluarkan sebarang komen mengenainya, dan tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan secara rasmi kepada semua.


TIPS & ULASAN