Cari @ Amanz

Nokia telah pun menjual bahagian pengeluar peranti mereka kepada Microsoft, dan baru-baru ini Microsoft telah beralih dan menggantikan jenama Nokia kepada Microsoft Lumia. Perkara ini membuatkan pelbagai spekulasi baru yang mengatakan Nokia mungkin kembali sebagai pengeluar peranti mudah-alih.

Dibawah perjanjian dengan Microsoft, pihak Nokia tidak boleh menggunakan jenama tersebut pada feature-phone selama 10 tahun, tetapi boleh menggunakan ia sebagai jenama telefon pintar selepas tahun 2016 kelak.

Mengikut laporan terkini, Nokia dikatakan tidak akan mengeluarkan sendiri peranti mereka, sebaliknya akan melesenkan jenama mereka kepada pengeluar peranti ketiga dan bekerjasama dengan mereka untuknya. Selain daripada jenama, Nokia juga dilihat akan memasarkan dan melesenkan teknologi serta paten dibawah mereka, selain menumpukan fokus terhadap beberapa produk mereka, termasuk HERE Maps.

Seperti semua sedia maklum, nama Nokia sedia dikenali ramai dan daripada pelbagai generasi. Penggunaan namanya sendiri akan memberikan impak kepada jualan, dan perkara ini mungkin akan menguntungkan pengeluar peranti yang menggunakannya.

Nokia melalui Tweet mereka mengatakan akan berkongsi lebih lanjut mengenai perkembangan syarikat mereka pada minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd