Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang menghubungkan pengguna dengan pemandu kereta ke sesuatu lokasi. Kini, mereka mengumumkan kerjasama dengan pihak Spotify, sekaligus membolehkan para pengguna yang melanggan Uber untuk menetapkan dan memilih lagu yang akan dimainkan pada kereta tersebut.
Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna akan diperlukan untuk menghubungkan akaun Spotify berbayar mereka didalam aplikasi Uber, dan seterusnya memilih lagu apakah yang ingin dimainkan sepanjang perjalanan mereka.
Pengenalan fungsi ini adalah berperingkat, dimana Uber dan Spotify akan memperkenalkan ia di Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan Mexico ketika pengenalan – dan dijangka akan terus diperluaskan secara berperingkat selepas ini.
Fungsi seumpama ini boleh dikatakan telah terdapat di dalam beberapa aplikasi tempahan kenderaan di luar negara. Pengenalan fungsi ini sekaligus memberikan pengguna lebih kawalan terhadap pengalaman perjalanan mereka dari satu lokasi ke destinasi mereka.
Dengan persaingan sihat dalam arena tempahan pengangkutan, mungkinkah kita turut sama akan melihat fungsi lebih kurang sama di MyTeksi dan EasyTaxi selepas ini?