Cari @ Amanz

HTC telah memperkenalkan sokongan HTC EYE Experience, dengan fokus terhadap kamera sebelum ini, dan bermula hari ini, pihak HTC Malaysia dilihat telah mula menawarkan kemaskini tersebut kepada para pengguna di Malaysia.

HTC One M8 Update

Melalui kemaskini HTC EYE Experience ini, ia menyertakan beberapa mod rakaman baru pada peranti HTC One M8 anda, termasuk antaranya adalah termasuk kebolehan mengabungkan dua wajah menjadi satu melalui Face Fusion, Live Make Up, Face Tracking (track sehingga empat wajah pada sesuatu masa supaya rakaman tidak hilang fokus), Split Capture (rakam menggunakan kamera hadapan dan belakang), dan juga Voice Selfie.

Bagi pengguna peranti HTC One M8, anda akan menerima notifikasi untuk kemaskini. Sekiranya tidak, seperti biasa anda boleh ke halaman Settings, About dan memilih Software Updates.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd