Nokia Bakal Mengumumkan Produk Baru – Memperlihatkan Gambar Kotak Hitam Misteri

Nokia Bakal Mengumumkan Produk Baru – Memperlihatkan Gambar Kotak Hitam Misteri

Diterbitkan pada November 18, 2014 oleh .

Ramai peminat Nokia yang menantikan jenama tersebut kembali semula dan ingin mendapatkan produk yang dihasilkan oleh mereka. Nokia sedia dilaporkan mengatakan terbuka untuk melesenkan jenama mereka untuk pengeluar telefon pintar lain. Kini, melalui laman Facebook dan Twitter, Nokia memperlihatkan yang mana mereka bakal mengumumkan sebuah produk baru pada hari ini.

Nokia Slush14

Melalui perkongsian Nokia, mereka memperlihatkan sebuah kotak hitam dengan jenama Nokia, sekaligus membawa kepada pelbagai spekulasi daripada orang ramai. Ramai pengguna mengatakan ia mungkin berkait rapat dengan penstrim media, ataupun mungkin pihak Nokia sendiri mempunyai sebuah produk misteri untuk diumumkan.

Nokia bakal mengumumkan iada pada Slush 2014, iaitu salah satu acara memfokuskan inovasi dan produk baru di Finland. Sebelum ini, Jolla turut mengambil pentas utama mengumumkan produk mereka pada acara Slush ini.

Jadi, bagi anda, apakah yang bakal diumumkan oleh Nokia ini?


TIPS & ULASAN