Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pelancaran Acer Liquid Jade, pihak Acer Malaysia turut sama mengumumkan satu lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Acer Liquid X1. Acer Liquid X1 dipasarkan sebagai peranti dengan sokongan rangkaian 4G LTE yang hadir pada harga dibawah RM1000.

Acer Liquid X1

Acer Liquid X1 hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci, dilengkapi dengan cip pemprosesan lapan-teras 1.7GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, dan juga kamera hadapan dengan sokongan rakaman luas. Acer Liquid X1 hadir dengan hanya satu-SIM sahaja.

Pihak Acer turut melengkapkan peranti ini dengan sokongan Acer Rapid Key, membolehkan pengguna untuk mengakses beberapa perkara melalui butang pada bahagian belakang – termasuk untuk mengakses aplikasi kegemaran, menjawab panggilan, dan juga kebolehan untuk merakamkan gambar selfie.

Acer Liquid X1

Fungsi popular Acer seperti Float Apps, sokongan BYOC, dan sebagainya turut disertakan, selain turut dilengkapi dengan sokongan Acer Extend untuk membolehkan pengguna mengakses peranti di komputer dengan menghubungkan ia menggunakan USB.

Di Malaysia, Acer Liquid X1 akan dijual pada harga RM999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd