Acer Liquid E700 Dengan Sokongan Tiga-SIM Diumumkan Untuk Pasaran Tempatan

Acer Liquid E700 Dengan Sokongan Tiga-SIM Diumumkan Untuk Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada November 18, 2014 oleh .

Acer Malaysia hari ini turut sama memperkenalkan sebuah lagi peranti dengan spesifikasi pertengahan daripada mereka, tetapi memfokuskan kepada penggunaan tiga SIM, iaitu Acer Liquid E700.

Acer Liquid E700

Acer Liquid E700 memfokuskan kepada mereka yang mempunyai lebih daripada dua-SIM aktif, dimana menggunakan ia, pengguna boleh menggunakan ketiga-tiga SIM dan ianya aktif pada masa yang sama. Tetapi peranti ini hanya sekadar menyokong rangkaian 3G sahaja buat masa ini.

Acer Liquid E700

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.3GHz, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 8-megapixel dan bateri berkapasiti 3500mAh. Acer Liquid E700 ini dikatakan akan dijual dalam masa lebih kurang dua tiga minggu lagi di Malaysia.

Satu lagi peranti baru yang turut diumumkan oleh Acer Malaysia bersama-sama dengannya adalah Acer Liquid Z500 yang mana membawakan skrin bersaiz 5-inci, cip empat-teras 1.3Ghz, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, dan bateri berkapasiti 2000mAh.

Kedua-duanya menjalankan Android 4.4 KitKat. Acer Liquid E700 akan dijual pada harga RM699, sementara Acer Liquid Z500 pada harga RM499.


TIPS & ULASAN