U Mobile Menawarkan Perayauan Data Internet Percuma Untuk Rantau ASEAN

U Mobile Menawarkan Perayauan Data Internet Percuma Untuk Rantau ASEAN

Diterbitkan pada November 18, 2014 oleh .

Musim cuti sekolah menjelang tiba tidak lama lagi. Sudah pasti ramai diantara anda bakal meluangkan masa menghabiskan cuti yang disimpan bersama keluarga baik cuti didalam negara mahupun di luar negara. U Mobile pada hari ini mengumumkan tawaran perayauan (roaming) data internet percuma untuk negara di rantau ASEAN termasuklah Australia bagi pelanggan pakej prabayar mereka.

Melalui tawaran tersebut, pelanggan pakej prabayar U Mobile akan memperoleh kuota perayauan percuma sebanyak 50MB di lapan buah negara iaitu Cambodia, Hong Kong, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina, Taiwan dan juga Australia. Bagi menggunakan kuota ini, rakan telco antarabangsa yang terlibat adalah seperti berikut.

  • Australia: Telstra
  • Cambodia: CamGSM
  • Hong Kong: PCCW
  • Indonesia: Telkomsel
  • Filipina: Globe
  • Singapura: Starhub
  • Taiwan: Taiwan Mobile
  • Thailand: True

Untuk mendapatkannya pengguna perlu menambah nilai kredit sebanyak RM50 dan kuota tersebut akan tamat 30 hari selepas tempoh tambah nilai tersebut. Sebaik kuota data 50MB tamat, pengguna boleh memilih untuk terus melanggan perayauan data pada harga RM30 sehari.

Bagi pelanggan pascabayar U Mobile, perayauan data percuma ini juga boleh diperoleh dan tawaran sebegini telahpun diumumkan pada bulan Mei yang lalu.


TIPS & ULASAN