Samsung Dilaporkan Ingin Mengurangkan Sehingga 30% Portfolio Model Telefon Pintar Pada 2015

Samsung Dilaporkan Ingin Mengurangkan Sehingga 30% Portfolio Model Telefon Pintar Pada 2015

Diterbitkan pada November 18, 2014 oleh .

Samsung sedia terkenal dengan pelbagai model penawaran telefon pintar yang mana bersesuaian dengan pilihan dan permintaan pelbagai pengguna diseluruh dunia. Namun, dengan persaingan daripada pelbagai pihak, Samsung kini dilaporkan akan mengurangkan pengeluaran model telefon pintar mereka sehingga 30% pada tahun hadapan.

Apakah model peranti yang tidak lagi akan dikeluarkan masih tidak diketahui buat masa ini. Berkemungkinan, dengan mengurangkan pengeluaran, pihak Samsung turut dapat memfokuskan lebih perhatian dan fokus kepada peranti-peranti utama mereka.

Langkah ini juga akan membolehkan Samsung untuk mengurangkan kos mereka memandangkan keuntungan yang diperolehi oleh gergasi dari Korea Selatan semakin berkurangan akhir-akhir ini.

Dengan perubahan ini, mungkinkah kita akan dapat melihat Samsung menjana keuntungan yang lebih positif pada tahun akan datang?


TIPS & ULASAN