Carian
Tablet Nokia N1 Diumumkan – 7.9-inci, Android Lolipop, USB Type C, Intel 64-bit
November 18, 2014 Effi Saharudin

Ini adalah berita yang mengejutkan dan menggembirakan pada masa yang sama. Mengejutkan kerana ia tidak disangka dan menggembirakan kerana teman lama kembali ke arena peranti mobil. Nokia hari ini mengumumkan Nokia N1, sebuah tablet 7.9″ yang menggunakan sistem operasi Android Lollipop dengan antaramuka Z Launcher Nokia. Tablet mini ini diperkasakan pemproses empat teras Intel Z3580.

Nokia-N1-1

Nokia-N1-2

Skrin tablet ini beresolusi 2048 x 1536 pixel, RAM sebesar 2 GB, memori dalaman 32 GB , kamera utama 8 MP dan kamera hadapan 5 Megapixel. Selain itu ia turut dilengkapi pembesar suara stereo dan beteri sebesar 5300 mAh . Seperkara lagi yang menarik ialah ia menggunakan port MikroUSB 2.0 Type C yang membenarkan ianya dimasukkan pada mana-mana orientasi (seperti Lightning). Tablet ini dibina oleh pihak Foxconn dan meminjam jenama Nokia.

Ia akan mula dijual di China terlebih dahulu pada 15 Februari 2015 sebelum memasuki pasaran Russia dan kemudian Eropah. Harga pasaran tablet ini ialah $249. Sekilas pandang ia kelihatan seperti sebuah iPad Mini. Satu-satunya kekurangan yang kami sedari ialah ia hanya akan muncul di dalam versi WiFi sahaja. Nampak menarik dan kami menantikan lebih banyak maklumat mengenai tablet ini.

https://www.youtube.com/watch?v=IwJmthxJV5Q

Komen