Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pelancaran tablet pertama daripada Nokia berasaskan Android, mereka turut sama menerbitkan Z Launcher yang telah diuji dalam bentuk beta terhad. Bermula hari ini, dengan terbitnya ia di Google Play Store, sesiapa yang berminat boleh memuat-turunnya dengan percuma dan menggunakan ia pada peranti mudah-alih mereka.

Z Launcher merupakan salah satu launcher yang memfokuskan kepada kemudahan pengguna untuk menemui aplikasi mereka. Pada skrin utama, ia akan memaparkan aplikasi yang digunakan oleh pengguna dengan aktif mengikut masa sesuatu hari (siang atau malam). Disamping itu, pengguna turut boleh melakarkan pada skrin sesuatu huruf, dan ia akan memaparkan aplikasi dengan permulaan huruf berkenaan.

Nokia Z Launcher

Pengguna Android yang menggunakan Android 4.1 dan terkini, boleh memuat-turun Z Launcher ini dan mencuba ia pada peranti anda sendiri hari ini. Memandangkan ia diterbitkan dibawah Nokia Apps LLC, tidak mustahil untuk kita melihat lebih banyak aplikasi lain hadir daripada Nokia dari semasa ke semasa – apatah lagi dengan penawaran tablet Android daripada mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd