Cari @ Amanz

Di London pondok telefon awam yang semakin dilupakan diubahsuai menjadi bilik mengecas peranti berkuasa solar menerusi projek Solarbox. Di Israel pula “pokok-elektronik” membekalkan tenaga elektrik dan WiFi percuma buat peranti di taman awam. Kini di New York project LinkNYC akan menggantikan kesemua pondok telefon awam menjadi tempat mengecas peranti dan WiFi percuma. Projek ini menjanjikan internet percuma pada kelajuan tinggi bagi penduduk New York. Yang membezakan LinkNYC dengan perkhidmatan WiFi percuma yang lain ialah pengguna boleh menikmati WiFi berterusan di dalam kawasan yang diliputi rangkaian LinkNYC tanpa perlu memuat masuk beberapa kali. Wifi percuma diberikan secara berterusan apabila pengguna berjalan dari kiosk ke kiosk secara automatik. Selain perkhidmatan WiFi percuma dan pengecasan, LinkNYC juga mempunyai peta skrin sesentuh yang boleh digunakan pelancong untuk mencari arah yang ingin dituju,. Keseluruhan kos projek LinkNYC akan dijana dengan menjual ruangan iklan pada sisi kiosk dan skrin sesentuh terbina.

 

LinkNYC-1

Dunia semakin moden dan telefon awam seperti kafe saiber semakin diancam kepupusan. Seperti teori Darwin, telefon harus berevolusi mengikut kehendak orang ramai dan persekitaran bagi mengelakkan kepupusan berlaku. Di Malaysia perkhidmatan WiFi percuma semakin banyak dan mudah dijumpai dan projek seperti LinkNYC ini pastinya terlalu mahal untuk digunapakai. Di Malaysia juga ramaiĀ  homo sapiens berfikiran seperti homo erektus yang akan gemar memusnahkan harta benda awam tanpa sebab.

LinkNYC-2

 

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd