Cari @ Amanz

Dengan pelbagai perubahan yang dilakukan oleh Nokia, mereka turut telah memindahkan Nokia Store kepada pihak Opera, dan ia akan dijenamakan sebagai Opera Mobile Store pada 2015 kelak.

Nokia StoreBagi yang tidak mengenali akan Nokia Store, ia merupakan pusat sehenti untuk pemilik peranti seperti peranti Nokia Asha, Nokia X, Series 40, Series 60 dan Symbian memuat-turun kandungan dan aplikasi untuk digunakan.

Dengan perubahan ini, apabila pengguna membuka Nokia Store pada 2015 kelak, ia secara automatik akan membawa pengguna ke Opera Mobile Store.

Opera mengatakan mereka akan berkongsi maklumat lanjut kepada pembangun berkaitan bagaimana untuk menerbitkan kembali aplikasi mereka kepada pengguna. Opera mengatakan dengan penyatuan Opera Mobile Store dan Nokia Store, ia sekaligus akan menjadikan Opera Mobile Store sebagai kedai aplikasi ketiga terbesar di dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd