Carian
IBM Turut Ingin Menyertai Dalam Revolusi Emel – Mengumumkan IBM Verse
November 19, 2014 Aman

IBM VerseIBM sedia terkenal dalam arena perusahaan, dan pelbagai produk mereka digunakan dalam industri dan sesuatu organisasi. Terkini, mereka telah mengumumkan IBM Verse, yang mana merupakan salah satu usaha mereka dalam hadir dengan perkhidmatan emel yang memudahkan tugasan pengguna.

Emel merupakan salah satu medim utama yang digunakan ramai untuk berhubung dan berkongsi tugasan dan sebagainya.

IBM mengatakan IBM Verse ini dibangunkan berdasarkan kepada penggunaan seseorang, dan direkabentuk dalam memudahkan para pengguna. Melalui IBM Verse, selain daripada emel, ia juga turut dilengkapi fungsi popular lain seperti kalendar, senarai hubungan, perkongsian dokumen dan sebagainya.

IBM Verse ini boleh mempelajari gaya anda menggunakannya, dan seterusnya akan mengoptimasikan paparan mesej dan sebagainya mengikut gaya kerja anda. Melalui video demo ringkas yang disediakan, ia juga dilihat pengguna boleh melihat garis masa komunikasi dengan lebih mudah, dan dengan siapa mereka berkomunikasi menggunakan IBM Verse ini.

Penggunaan emel telah menjadi salah satu medium utama harian, sama ada dikalangan pengguna umum ataupun pengguna perusahaan. Pelbagai syarikat melihat kepada memudahkan pengurusan emel dan menyediakan aplikasi bantu-perusahaan, termasuk daripada pihak Google, Microsoft, dan juga syarikat-syarikat lain seperti Dropbox serta Evernote.

IBM Verse ini masih belum dilancarkan secara rasminya, tetapi pengguna yang berminat boleh mendaftar minat pada laman rasmi mereka. Ia dijangka akan dimulakan dalam bentuk beta pada bulan ini, sebelum ditawarkan secara menyeluruh bersama-sama aplikasi iOS dan Android pada tahun 2015 kelak.

https://www.youtube.com/watch?v=lXkZIfJoyf0

Komen